21 Mei 2013

Johor Bharu - Singapore, 3 Ogos-6 Ogos 2012

Next trip... Singapore...

3 Ogos 2012.. Habis kelas pukul 12.30 tengahari terus bergegas pergi Penang Sentral sebab takut terlepas bas.. Alhamdulillah, kebetulan ada seorang kawan nak pergi Butterworth dan dia tumpangkan aku ke sana..Bas hampir terlepas tapi aku call dan suruh dia tunggu dulu..hehe..Harga tiket bas daripada Penang ke Johor Bharu, RM64..Perjalanan lebih kurang 10 jam okay! memang kaki ni rasa semacam habis..

Sampai di JB, ada seorang kawan aku pergi jemput..tidur kat rumah dia di Taman Kempas..esok paginya 4 Ogos 2012, baru aku bertolak pergi Singapore..Sebelum aku pergi sana, bersiar-siar dulu tengok JB..Daripada rumah dia ke Woodland, 6km sahaja!

Aku pergi Singapore seorang diri saja time ni.. Niat nak release tension...Alhamdulillah, kurang la sikit..Pergi balik hari je..Mula tu mak kawan nak bagi pinjam kereta dia untuk pergi Singapore tapi aku tak berani la sebab aku tak tahu cara pemanduan orang di Singapore macam mana...



Haa.. ini di depan Masjid Sultan Abu Bakar kalau tak silap aku... cantik juga masjid ni sebab masjid lama dan nampak klasik..


View from Masjid ni nampak Singapore..Memang tak jauh sangat..Aku pergi Singapore daripada JB Sentral.. tiket kalau tak silap murah je, RM3.00++...


View masa merentasi Selat Tebrau..Alah,pendek je tambak Johor-Singapore ni..berenang pun boleh..



Okay. sudah sampai di Woodlands Checkpoint..Masa ni kena tegur oleh polis di sini sebab ambil gambar kat sini..Tak tahu pun..dia datang marah aku..adeii.. 


KTM Berhad... Terima kasih kerana membawa saya ke Singapore..hehe


Keluar dari stesen KTM tu, aku kena amik bas untuk ke Orchard Road..Daripada situ, naik bas ke stesen MRT Woodlands..Tiket daripada Woodlands ke Orchard berapa ringgit pun aku dh lupa..by the way, sistem MRT ni agak okay juga..harap Malaysia dapat ikut jejak langkah Singapore la.. =)


Haa.. ini dekat stesennya.. target aku cuma nak pergi Orchard Road saja.. nak jalan-jalan tengok tempat orang,suasana baru..alah..lagipun Singapore & Thailand anytime boleh pergi...Tambahan pula, rumah aku dengan Thailand 50KM shaja..Next time, nak datang lagi Singapore..In sha Allah..


Cantik kan bangunan ini? sedikit kagum aku melihat struktur binaannya... hehe..

Ini replika yang aku teringin bergambar sekali.. tapi tak ada orang nak tolong ambik gambar...


Sepanjang Orchard Road semua ada shopping complex.. Tak masuk semua pun..Nak cari souvenir tapi tak jumpa pun.. aihh..tak tahu nak cari kat mana kalau kat sini..penat aku je pusing.. then dah masuk waktu berbuka puasa, kawan aku suggestkan makan di Burger King saja sebab murah sikit berbanding yang lain.. cari makanan halal macam payah nak jumpa..aduhaiii...




Heheh..nak juga amik gambar duit.. buat kenangan..tengok macam 10$ tapi sebenarnya RM25 tu!!!

Habis melawat di sini, aku pun bertolak balik la..naik bas masa balik ni...sampai saja dekat JB Sentral, kawan aku pergi ambil then dia bawa ronda Pasar Karat pula..Di sini lupa pula nak ambil gambar.. Actually, Singapore just a short trip..Ya, kalau nak release tension seronok pergi seorang diri...memang masa tu dapat muhasabah balik diri ni tambah di negara orang..Pemandangan dan suasana baru..Otak pun luas sikit..hehe...In sha Allah next time nak datang lagi... ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan