Umpama mimpi menjadi kenyataan.. Alhamdulillah, 21 November 2013 diberikan peluang untuk berangkat ke Sydney Australia bersama seorang rakan sekolah. Kami menaiki AirAsiaX yang ketika itu beroperasi di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) Sepang. Berangkat pada jam 1145 malam, perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam 30 minit. Rakyat Malaysia dikenakan visa untuk ke Australia dan kami telah menyiapkannya sebulan sebelum ke sana dengan menyiapkannya secara online, Electronic Travel Authority (ETA).
Kami tiba di Sydney pada jam 9 pagi mengikut jam Sydney. Setelah tiba di airport, kami agak takut untuk melepasi imigresen kerana ramai mengatakan imigresen di Australia sangat strict. Namun keadaan menyebelahi kami apabila kami tidak menghadapi sebarang masalah ketika pemeriksaan.
|
Gambar sebelum pemeriksaan imigresen |
Seterusnya, kami keluar airport dan mengambil teksi untuk ke Maroubra di mana ustaz kami tinggal di situ. Teksi dari airport ke Maroubra dikenakan tambang sebanyak 30AUD. Kami berkongsi seorang 15AUD untuk tambang teksi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kami akan menetap di Maroubra selama 2 minggu bersama ustaz yang pernah mengajar di sekolah kami dulu. Beliau telah dihantar bertugas di Sydney. Setelah tiba di Maroubra, sepanjang hari kami berehat kerana keletihan.
Melawat suasana pembelajaran di St Andrew's Cathedral School
|
Perpustakaan di sekolah tersebut dan gambar bersama pelajar-pelajar di situ |
Keesokan harinya, saya dan Ikhwan melawat salah satu sekolah di tengah bandar Sydney iaitu St Andrew's Cathedral School. Pelbagai pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang berada di sekolah ini. Saya amat kagum dengan sistem pembelajaran di Australia di mana murid dapat memilih apa yang mereka ingin belajar dan belajar menggunakan Ipad. Boleh dikatakan hampir keseluruhan sekolah di sana belajar sebegini.
|
Salah satu mercu tanda di Sydney
|
|
Paddys Market. Buah-buahan dan cenderamata murah di sini. |
|
Hard Rock Cafe Sydney
|
Sebenarnya apabila di Darling Harbour, kita dapat ke mana-mana tempat tarikan dengan berjalan kaki sahaja seperti Hard Rock Cafe, Paddy's Market (di sini agak murah untuk membeli souvenirs), Anzac Bridge, Sydney Tower, Opera House dan banyak lagi.
Hari yang berikutnya, kami ke Australian Reptile Park dan The University of Sydney dengan pelajar Malaysia yang berada di Sydney. Di Reptile Park tersebut, kami berpeluang main bersama dengan kangaroo, wombat dan beberapa binatang lain lagi yang menjadi tarikan di Australia. Tiket masuk ke Reptile Park ketika itu 11AUD.
|
Malu pula dia ni! |
|
Yang ini bagus. Dia tak malu. Sporting je! |
|
Sementara tunggu sahabat-sahabat lain ke tandas..haha |
|
Inilah salah satu seni binaan di University of Sydney yang membuatkan saya kagum! |
|
They said this is one of the best building in Sydney. Library for Law student. |
|
Recently, pokok itu sudah mati.. Sad to say.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan