05 April 2010

Kenapa Baca Al-Quran Kalau Tak Faham Maksudnya?

Seorang tua berbangsa Inggeris yang beragama Islam suka membaca Al-Quran setiap hari.Hobinya setiap hari itu diperhatikan oleh cucunya yang masih kecil.Lalu cucunya itu meniru tindakan datuknya itu.Dia mengambil senaskhah Al-Quran lalu pura-pura membacanya.

Setelah sekian hari dia meniru tindakan datuknya itu,pada suatu hari dia bertanya kepada datuknya,..”Mengapa perlu baca Al-Quran,sedangkan datuk bukannya mampu memahaminya?..”Si Datuk tersenyum simpul.Lalu si datuk mengambil sebuah bakul yang berlubang-lubang dan sangat berdebu.

“Sekarang,atuk nak kamu pergi ke sungai di hujung bandar,ambil air sungai itu dan bawa ke sini”..perintah datuk itu.Si cucu menurut segala arahan datuknya tanpa bantahan.Tetapi,apabila diangkutnya air dalam bakul itu beberapa kali,ternyata tidak tertinggal setitik air pun di dalam bakul itu apabila dia sampai ke rumah kerana bakul itu berlubang!!.

Lalu atuknya meminta dia cuba mengambilnya lagi.Setelah sekian lama,si cucu mula mempersoalkan tindakannya..”Atuk,mengapa saya perlu mengangkut air dalam bekar yang berlubang ini,tidakkah atuk lihat perbuatan ini seperti sia-sia?

Si atuk tersenyum dan kemudian dia mengambil bakul itu daripada cucunya.Kelihatan bakul ini sungguh bersih.Lalu atuknya berkata..”Beginilah jika kita membaca Al-Quran,walaupun kita tidak memahami kandungannya,tetapi ianya mampu membersihkan hati dan diri kita”…!!!…Si cucu tercengang.

Begitulah kehebatan Al-Quran yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.

sumber : santai92.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan